Dengan serpihan air mata
Dengan sendu sebak tangisan
Tiada yang mendengar
Tiada yang memerhati
Tiada yang terkesan
Sedu-sedan seorang insan…
Jari-jemarinya sering terketar-ketar
Tapak kakinya sering teragak-agak
Kepastian tiada di genggaman
Hatinya sering tertanya-tanya
Kenapa dicipta makhluk sepertinya
Selemah-lemah manusia
Yang terlalu lembut hatinya
Yang terlalu sopan bicaranya
Yang selalu berkaca matanya
Makhluk yang digelar wanita.
Cacat-cela di sebalik dakapan helai kain di tubuh
Bak ukiran di batu nisan
Bertakhta buat selamanya
Hanya aku yang tahu
Setiap satu yang mencalar
Setiap satu yang mengguris
Setiap satu yang menitiskan darah
Aku cacat orangnya.
Makhluk yang digelar wanita.
Tangisanku sunyi
Airmataku tiada membasahi
Suaraku tiada erti
Gerak-geriku tiada yang memerhati.
Dengan merendah diri
Dengan mencium tanah yang dipijak tapak kakimu yang sedemikian mulia
Janganlah engkau keraskan hatiku
Kerana aku sayangkan kelembutanku
Janganlah engkau kasarkan kata-kataku
Kerana aku kasihkan kesopananku
Janganlah engkau meluapkan bahang kemarahanku
Kerana aku cintakan airmataku.
Jika kamu menyayangi wanita-wanitamu
Peliharalah kelembutannya
Peliharalah kesopanannya
Peliharanya airmatanya
Sekiranya wanita kehilangan tiga permata ini
Dia akan bertukar menjadi seekor binatang buas
Yang kasar, yang bengis.
Noktah.
Labels: Women. and Man.
Web Cam, Mic, Headphones
Black Jeans
A part-time job in a bookstore
Increase CAP!!
Honours
21st Birthday
New Zealand