KEHIDUPAN BARU|Thursday, May 31, 2007
setiap penyakit ada penawarnya.setiap masalah ada huraiannya.semuanya bermula dengan hati yang bersih.semuanya bermula dengan niat yang ikhlas.i wanna share this little teeny weeny sajak with you all again.seekor ikan menjadi saksidua wajah tiada berpalingpasangan mata tiada melirikhanya kedengaran kekata diucaphanya kedengaran tawa sukapasangan mata tiada melirikdua wajah tiada berpalingseekor ikan menjadi saksi. aku sudah lama ingin memulakan kehidupan yang baru. semenjak hampir setahun yang lalu. meninggalkan sisa-sisa pahit. dan kini inginku corak warna-warna manis kembali di dalam hidupku. inginku isikan hidupku kini dengan mendekatkan diriku lebih kepadaNya. inginku penuhkan hidupku kini dengan kasih sayang ibu bapaku yang selalu mendoakan kebahagiaanku. inginku ceriakan hidupku kini dengan deraian ketawa sahabat-sahabat ku.aku tidak menyesal menjejakkan kaki di menara gading.aku bersyukur kerana sahabat-sahabat ku sentiasa di sisi.tanpa mereka sedari, kehadiran setiap daripada mereka telah membuatku...lebih yakin bahawa aku mampu bangkit daripada kejatuhan lalu.persatuan bahasa melayuku sudah aku anggap bagaikan keluarga kedua. setiap jatuh bangun kita harungi bersama. pbm telah membuatku lebih matang. ahli2 jk seperti rawi,kamal,nurul dan yg lain telah membuatku lebih tenang, lebih celik.kesungguhan ahli2 pbm yang lain membuatku terharu,dalam kesyukuran. aku terharu kerana ada diantara mereka yang mempunyai keikhlasan yang sebegitu murni. ianya membuatku kecil...tetapi tetap bangga dengan kewibawaan mereka. di dalam kesombongan yang lain pula, ianya merupakan satu peringatan juga kepadaku bahawa jika aku tiada berhati2, aku mungkin duduk serendah mereka. yang penting sekali, kerana aku akan menghidu nafas kedewasaan dalam dua belas hari lagi... inginku memberi diriku peluang untuk mengisikan hatiku kembali dengan cinta. yang tiada seperti yang lalu...yang tidak akan memberiku peluang untuk setakat mengimbas pengalaman pahit lalu. cinta ini...cinta yang baru. cinta ini akan lebih ikhlas. cinta ini cinta hakiki. wahai engkau yang pernah aku cintai, di antara kita sudah tiada apa-apa lagi. hatiku sudah remuk dengan perbuatanmu. jika aku pernah katakan bahawa masih ada ruang buat kita berdua, hati kecilku kini teriakkan 'tidak!". sebuah garis telah aku ukirkan di antara kita berdua. kita hanya kawan. kita setakat kenalan. kenalan yang tiada sejarah bersama.
* spoken&willspeakagain*
10:46 PM