SAYU|Thursday, May 24, 2007
solat subuh selesai ditunaikan.aku tercegat duduk di atas sejadahtelekung ku dibuka...sekilas lalu, butiran air mata gugurhatiku tiba-tiba sayu.hati ada terpinga-pingaminda ada tertanya-tanyaadakah hidup ini suatu igauan semata.aku terus teringatkan malam sebelumnya.barbeku yang sebegitu santai.bersama-sama rakan-rakan yang jelas aku sayangisetiap seorang daripadanya...ada yang rapat, ngilai ketawa memecah udara setiap saatada yang tak begitu ku kenali, setakat kenalan biasa, namun tetap memahamiada yang ... setakat berbalas senyuman. pandangan. mungkin bermakna.mungkin tidak. mungkin bukan masanya untuk ku ketahui.aku sedar mengapa aku menitiskan air mata. aku rasa...aku bersyukur telah diketemukan dengan kenalan-kenalan yang berbudi pekerti. yang waras dalam kegilaan.yang senyum dalam kedukaan.yang ketawa dalam tangisan. walaupun aku memegang jawatan...namun aku terharu mereka memahami.bahawa aku setakat manusia biasa. yang tiada sirna daripada kekhilafan.Tuhan tiada memberiku harta setinggi gunung. Tuhan tiada memberiku pangkat sehingga aku terlupa jati diri. Tuhan tiada memberiku kepandaian yang terlalu menyerlah. Tuhan tiada memberiku paras yang secantik bidadari.Tuhan tiada memberiku kebaikan, kesenangan selalu. TetapiTuhan ada menghadiahkan kepadaku...HUBUNGAN...TALI PERSAUDARAAN...TALI SILATURRAHIM...antara aku dengan ibu bapakuantara aku dengan adik-adikkuantara aku dengan saudara-marakudanantara aku dengan kenalan-kenalanku.kenalan yang menjadi kawan...rakan...sahabat.sedalam lubuk hatiaku sayangi mereka semua. yang rapat...mengenali tangisankuyang renggang...mengenali namakuyang memerhati...mengenali AKU yang tidak aku kenali.aku hanya berdoa...agar tapak kaki Permusuhan takut mendekati...Kesucian Tali Silaturrahim ini...Ya Allah...Aku bermohon agar Engkau dekatkan diri kami kepadaMu, melalui persahabatan yang telah kami jalinkan...Engkau jauhkanlah kami dari bermusuh-musuhan...Engkau lembutkanlah hati setiap daripada Kami...agar bersama, Kami dapat membina persahabatan yang erat, dan penuh dengan kasih sayang...yang diredhaiMu...Amin...Ya Rabbal Al-Amin...Labels: sacred relationships
* spoken&willspeakagain*
10:09 PM