APA BEZANYA ANTARA DUA|Thursday, August 16, 2007
Apa bezanya antara duaPanasnya hujan membasahi bumiTeriknya mentari di sebalik gerimisApa bezanya antara duaHarum bunga berkelopak hitam Merah mawar berbau busukApa bezanya antara duaIndah pelangi di nun jauhSampah sarap di tangga mahligaiApa bezanya antara duaDinginnya salju mencengkam tulangPanasnya matahari mengeringkan tubuhApa bezanya antara duaEmas permata dipamer megahTengkorak di rumah tersenyum sinisApa bezanya antara duaBengis bonda martabat tinggiSepi ayahanda hanya ditangisiApa bezanya antara duaKasar bahasa tetapi benarLembutnya lidah tulang tiadaApa bezanya antara duaKasih yang suci memeliharaKetakutan yang rapi mengongkongApa bezanya antara duaKeprihatinan yang lahirnya sayangKesangsian yang lahirnya gundahApa bezanya antara dua Cinta mendalam bersua tidak Mata memandang hati tertutupApa bezanya antara duaPernantian yang tiada kepastianKepastian kini yang menderita hatiDi antara dua, kita tiada beza. aku sedang bercinta. kau pernah bercinta.aku bernafas. kau pun sama bernafas. darah kita sama merah. kita dijadikan oleh tangan yang sama. bila mati, kita kembali ke lubang yang sama.
biarkan aku gembira.
kerana masa terlalu suntuk.
* spoken&willspeakagain*
9:06 PM