KEPUTUSAN MUKTAMAD|Monday, October 01, 2007
"amat indah perasaan itu. kerana dengan dia, aku bebas daripada sejarahku. aku bebas daripada tali-tali beban di rumah. aku bebas daripada dibelenggu keinginan orang lain. kini, tentang perasaanku bersama si dia, biarkanlah ia hanya menjadi rahsia diriku.""biarlah aku kembali menjadi seorang perahsia. kerana kebenaran yang terang-terangan hanya akan menyakitkan hati orang lain. kerana mereka tidak boleh berdiri teguh dengan kebenaran sebagai sandaran. kerana kebenaran itu membebankan mereka.""biar tangisan ku setiap hari, didengari oleh aku sendiri. biar perasaan aku, aku kuburkan. biar senyumanku, aku perbuat-buatkan. dunia boleh katakan bahawa aku ini egois. bahawa aku ini wanita yang tidak serba wanita. bahawa aku persis boneka yang tertampal di mukanya senyuman tetapi di dalamnya kosong. biar dunia memperkatakan. aku sudah jitu dengan keputusanku." "biarlah blog ini sebagai teman hidupku. semoga blog ini bisa mendengarkan semua kekataku. biar garfield menjadi teman malamku. biar garfield menjadi teman untuk mengelap butir-butir air mataku ketika aku tidur. aku sudah jitu dengan keputusanku. aku akan kembali bersenyuman plastik."
MONOLOG. kerana di dalam diri ini, sudah tiada lagi keupayaan untuk DIALOG.
* spoken&willspeakagain*
2:38 PM